Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat
9.00 AM - 6.00 PM
Waktu Malaysia (GMT +8)
Bagaimana kami beroperasi
- Receptionist.com.my
Di Receptionist.com.my, kami berusaha untuk menyediakan
perkhidmatan operator telefon dalam 5 langkah-langkah
mudah.
1
Pertama, hanya
5 minit diperlukan untuk mendaftar dengan kami.
Borang pendaftaran secara talian sangat mudah
untuk diisi dan terdapat beberapa pilihan kaedah
pembayaran - Visa, MasterCard, PayPal, American
Expres, Deposit Bank, Cek atau Tunai.
2
Kemudian, anda akan diberikan
satu nombor telefon dalam kawasan Kuala Lumpur,
Malaysia (6203 xxxx atau 6207 xxxx) yang mana
boleh digunakan pada kad perniagaan, bahan-bahan
pemasaran, laman-laman web atau pendaftaran syarikat
dalam tempoh 24 jam.
3
Sepanjang waktu pejabat (Hari
Isnin ke Sabtu, 9.00 am ke 6.00 pm GMT+8), Receptionist.com.my
akan menjawab apa-apa panggilan menggunakan nama
syarikat anda. Mesej akan menjadi dihulurkan kepada
anda serta-merta melalui e-mel atau / dan SMS.
Malah kami akan membuat panggilan kepada anda
jika terdapat sesuatu perkara yang PENTING.
4
Selepas waktu pejabat, kami
akan memindahkan setiap panggilan kepada mana-mana
nombor yang telah anda tetapkan.
Perkhidmatan Receptionist.com.my
adalah antara yang paling kompetitif di Malaysia,
memberikan perkhidmatan yang telus tanpa kos terselindung.
Berbanding dengan syarikat-syarikat lain yang ada
ketikanya memberikan harga yang jauh lebih rendah,
tetapi mempunyai kos-kos tersembunyi yang agak mahal.
Sebagai contoh, terdapat sebuah syarikat yang menawarkan
perkhidmatan yang serupa, di mana caj bulanan yang
dikenakan adalah sebanyak RM130+. Bagaimanapun, terdapat
caj-caj lain seperti yuran pendaftaran permulaan iaitu
sebanyak RM150 dan hampir RM2 bagi setiap pesanan.
Katakanlah anda menggunakan 100 mesej (kira-kira seminit
setiap mesej) SETIAP bulan, kosnya adalah RM330 setiap
bulan dan hampir RM4,000 setahun.
Di Receptionist.com.my, anda hanya perlu membayar
RM100 sebulan. Anda boleh berjimat lebih 60% jika
anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami.
Kami dapat menawarkan perkhidmatan yang kompetitif
kerana...
Receptionist.com.my adalah salah cabang perniagaan
Flexi e-Solutions Sdn Bhd dan Flexi e-Solutions Pty
Ltd. Kami merupakan satu syarikat IT yang mantap yang
mula beroperasi di Australia. Semenjak itu kami terus
berkembang ke Malaysia dan Singapura. Pengetahuan
dan kemahiran I.T yang kami miliki memberikan kelebihan
dalam operasi-operasi kami. Malahan Receptionist.com.my
dan Flexi e-Solutions Sdn Bhd beroperasi dalam satu
pejabat yang sama.
How We Do It
VO
Mail Process
1.
Setiap surat yang diterima
akan diasingkan mengikut nama syarikat.
2.
Setiap surat akan direkodkan dan pelanggan
akan diberitahu sama ada melalui E-mel /
SMS.
3.
Surat / Bungkusan yang diterima akan disimpan
selamat sementara menanti masa pungutan.
VO
Shared Fax Process
1.
Faksimili yang diterima akan
dikumpulkan dalam satu peti surat.
2.
Setiap faksimili akan diasingkan oleh
staf-staf kami.
3.
Direkodkan dan dihantar ke email yang
telah ditetapkan.
VO
Private Fax Process
1.
Faksimili
yang diterima pada nombor talian khas
akan terus dimajukan ke alamat emel yang
telah ditentukan.
2.
Staf kami akan menyemak
and mengeluarkan laporan setiap hari untuk
memastikan setiap faksimili telah dihantar
dengan jayanya kepada peti surat penerima.
VO
Reception Process
1.
Panggilan
yang diterima pada nombor talian khas
akan dijawab oleh operator-operator kami
yang terlatih.
2.
Panggilan akan dijawab
berdasarkan arahan-arahan yang telah diberikan
terlebih dahulu oleh pelanggan kami.
3.
Jika terdapat sebarang
pesanan daripada pemanggil, ia akan dimasukkan
di dalam sistem untuk tujuan rekod dan
laporan.
4.
Pelanggan akan diberitahu
mengenai sebarang panggilan dalam masa
10 minit setelah panggilan tersebut tamat.
5.
Salinan pesanan
akan dihantar ke emel, atas permintaan.